Thursday, June 20, 2019

Selamat Hari Raya 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 buat semua yang menyambutnya


Kami kembali segar dan keluar dari gua. Kami akan mula aktif kembali. Memandangkan syawal masih ada, jom kita memeriahkan rumah terbuka dan melawat rakan dan saudara untuk merapatkan kembali hubungan. Semoga segalanya akan menjadi lebih baik selepas Jun 2019.


Sekian, dari diri ini

Dr H

Monday, October 12, 2015

Mai pakat beli Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ Berserta Hukum Tajwid






Tajuk : Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ Berserta Hukum Tajwid

Harga penghantaran 1 naskah: 
Semenanjung - RM 6.00
Sabah & Sarawak - RM 10.00

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ merupakan satu panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan Al-Quaran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Wednesday, October 7, 2015

Buku Pertama - 101 Adab Dan Petua Pelajar Cemerlang

ASSALAMUALAIKUM SEMUA DAN SELAMAT SEJAHTERA

Saya kembali lagi dengan memaparkan previu buku pertama untuk promosi hari ini. Baiklah Bertajuk 101 Adab dan Petua pelajar Cemerlang

                                      



                                       Inilah muka depan buku tersebut.

                                       Product SKU: TBBK1017

                                       Publisher: Telaga Biru Sdn Bhd
                                      Author: Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood
                                      101 ADAB & PETUA KECEMERLANGAN PELAJAR
                                      menjadi modul untuk kegunaan harian pelajar dan
                                      remaja menghafal doa dan mengamalkan adabadab
                                      seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus
                                      melakukan lebih usaha.

Buku ini dikarang oleh Ustazah Siti Nor Bahyah, haah korang mesti kenalkan. Alaa kalau kat TV tu rancangan Semanis Kurma tu rancangan dialah. Jadi Ustazah ini sangat bagus dari segi penerangan ilmu. Buku ini dia karang dalam nak bantu anak muda dan pelajar tradisi menuntut ilmu yang betul dari sudut Islam. Bagus untuk mendalami ilmu dengan membaca buku ini. Dah la banyak 101 adab dan petua tu. 

Buku ini juga sesuai dibeli oleh mak bapa pelajar atau cikgu pelajar supaya boleh beir nasihat pada anak dan anak murid cara bagus untuk menjadi anak murid cemerlang. Selain itu anda boleh jadikan buku ini hadiah motivasi untuk mereka lagi cemerlang. Contoh masa birthday ker, atau bila mereka dapat keputusan peperiksaan. Kena ingat ye buku ini sesuai dari UPSR sampai masuk universiti pun. Sebab apa penting dan bagus, kerana kita sebenarnya menuntut ilmu sepanjang masa. 

Jadi dah cerita panjang lebar naper anda-anda di luar kena beli buku ini. Meh kita tengok berapa harga buku lak. Harga cuma RM 16.90 sahaja. Kalau awak beli dari saya, maka caj pos free aje. Bayar hari ini, esok malam dah dapat buku boleh baca satu -satu helai sampai habis.

Ok kalau nak buku ini cepat-cepat sms/whatsapp saya dulu Mohd Hafidz 0162570097 bila-bila masa. Saya akna layan anda sampai anda dapat buku, ini janji saya dengan anda bersaksikan Allah. 

Berjumpa lagi ingat ye nak buku di atas, contact saya tau. 

Bye Wassalam 

AHLAN WASAHLAN wahai para sahabat dari seluruh pelusuk alam

Apa khabar semua!!


Assalamualaikum WBT pada yang Muslim

Baiklah ini kali pertama kami berfungsi dan beroperasi.


Saya Hafidz merupakan Pengarah Urusan untuk Kedai Online  Buku Vethafidz. Di sini kami ada pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan genre khas untuk anda yang memerlukan ilmu untuk menerangi hidup.


Kami menjual buku-buku dari pelbagai penerbit. Jika anda berminat dengan buku-buku ini, apa anda perlu lakukan tempah dengan saya beserta bayaran dengan harga buku seperti yang dipaparkan. Dalam masa 24 jam buku ini akan sampai ke rumah anda dengan selamat. Bayangkan buku anda beli itu harganya sama dengan harga di kedai-kedai tapi anda bayar dapat percuma pos. Tak perlu keluar rumah, tak perlu bazir minyak buku sampai ke rumah.



Malahan kalau beli banyak atau beli produk mengikut pakej kami akan dapat potongan harga yang sangat-sangat murah. Jadi tunggu dan layari sahaja website ini sepanjang masa untuk mendapatkan maklumat terbaru buku-buku di pasaran. 



Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang saya berikan akan dapat memudahkan kehidupan anda. 

Bertemu lagi kita di lain masa 

Wassalam.